The Deep Web ? Dunia Internet Alam Ghaib ?

Bagi mereka yang tidak tahu, The Deep Web merupakan sesuatu yang mewakili sebahagian besar kandungan di internet yang tidak dapat diakses secara biasa melalui carian-carian utama seperti Google/Yahoo/Bing atau enjin carian lain.

Carian di internet hari ini, boleh dibandingkan seperti mengheret jaring merentasi seluruh permukaan laut, walaupun banyak ikan yang akan tersangkut di jaring, tetapi lebih banyak lagi yang masih tinggal dan ada di dasarnya. Dan bahagian yang tertinggal itu terus menjadi rahsia dan terlepas dari pandangan. Sama seperti Internet, kebanyakkan kandungan di internet dihasilkan secara dinamik dan disimpan jauh di dasarnya, enjin carian biasa tidak akan mampu mencarinya.

Berikut adalah beberapa fakta mengenai The Deep Web:

  1. Maklumat yang ada di The Deep Web sekarang ni hampir 500 kali ganda lebih banyak daripada maklumat yang ada di The World Wide Web.
  2. The Deep Web mengandungi 7500 Terabyte data berbanding 19 Terabyte data yang ada di The World Wide Web.
  3. The Deep Web menyimpan lebih 550 billion dokumen secara individu berbanding hanya 1 billion di The World Wide Web.
  4. Lebih dari 200 ribu laman web yang ada di The Deep Web buat masa sekarang.
  5. Di The Deep Web, lebih banyak kategori maklumat baru yang muncul setiap hari.
  6. Disebabkan terlalu banyak maklumat yang ada, The Deep Web sudah semakin sempit dan sukar untuk ditembusi.
  7. Kualiti maklumat di The Deep Web adalah 100 hingga 200 kali lebih hebat daripada The World Wide Web.
  8. Kandungan di The Deep Web lebih relevan kepada carian, pasaran dan domain.
  9. Lebih 95 peratus maklumat di The Deep Web adalah percuma dan boleh dikongsi secara bebas.

Apa Yang Ada Di The Deep Web?

Apa yang ada di bawah permukaan The Deep Web ialah apa yang tidak dibenarkan disiarkan di The World Wide Web. Di The Deep Web, hampir ada kesemua yang dicari oleh penggodam, saintis, pengedar dadah, pembunuh, ahli fizik, ahli revolusi, kerajaan, polis, pengganas, penyumbaleweng, pengumpul data, penculik, ahli sosiologi dan ramai lagi, merangkumi segenap aspek moral baik dan jahat.

Pelayar akan merasai sesuatu yang sangat menarik dan boleh dikaji walaupun terdapat berjuta-juta perkara jahat yang mendiami The Deep Web. Selain itu, terdapat juga banyak perkara-perkara baik yang boleh dikongsi tanpa batasan undang-undang dan privasi.

The Deep Web diibaratkan sebagai satu dunia yang mana anda bebas berkongsi apa sahaja, jika anda seorang pembunuh, anda boleh mengiklankan servis anda di The Deep Web, jika anda seorang pengedar dadah, anda boleh menjual apa sahaja jenis dadah di sana, begitu juga jika anda mempunyai beberapa maklumat sulit mengenai mana-mana kerajaan, anda bebas meletakkannya di sana. Ianya dicipta untuk memberi kebebasan dan hanya yang tahu sahaja yang mampu mengaksesnya.

Kesemua yang anda dapat baca di Wikileaks sebenarnya telah disimpan beberapa tahun lebih lama di The Deep Web sebelum disiarkan di Wikileaks. Mungkin anda pernah menonton aksi penggodam di dalam filem yang telah menggodam melalui server pelik yang anda rasakan tidak wujud, sebenarnya server pelik itu ialah The Deep Web. Secara amnya, pengganas, pembunuh, pengedar dadah dan pelayar porno, telah lama menggunakan The Deep Web untuk tujuan mereka. Juga terdapa laman yang khusus menyiarkan fakta dan gambar mengenai rahsia di Area 51.

Sehingga sekarang, terdapat berjuta-juta pengedar dadah beroperasi menjual dadah-dadah mereka secara terbuka di The Deep Web, berjenis-jenis dadah dijual, dari Ectasy hinggalah ke Meth, semuanya dijual dan dipamerkan secara terbuka. Begitu juga maklumat mereka, cara pembelian dan penghantaran. Sama juga dengan pembunuh upahan, anda boleh melihat berjuta pembunuh upahan yang menawarkan perkhidmatan mereka dengan upah di antara 20 ribu hingga 50 ribu EURO. Setiap hari akan ada transaksi penjualan kad kredit yang telah digodam, anda dengan mudah boleh membeli kad kredit yang telah digodam dan seterusnya menggunakannya mengikut socks dan protokol yang telah diberi.

Sehinggakan pernah disiarkan di The Deep Web, laman web yang bersimbolkan kematian 'Russian Roulette' dan diuruskan oleh organisasi-organisasi mafia sebenar. Mereka yang disiarkan adalah pemain sebenar yang telah dilatih secara professional dan bermain hanya untuk mati. Bukan lakonan yang dibuat-buat.

Bagaimana Untuk Masuk Ke The Deep Web?

Kandungan di The Deep Web, bukan dicipta untuk orang biasa, saya hanya boleh memberi hint tetapi tidak akan menunjukkan cara sebenar bagaimana untuk masuk ke sana. Hanya mereka yang tahu cara dan protokol sahaja boleh mengaksesnya. Walaupun kandungan di The Deep Web kelihatan menakutkan, terdapat lebih banyak lagi maklumat-maklumat berguna yang boleh digunakan untuk tujuan kebaikan. Sejurus selepas anda berjaya masuk ke The Deep Web, semua yang akan terjadi adalah di bawah tanggungajawab anda sendiri.

Sebelum anda cuba memasuki The Deep Web, baca dan fahami dulu bagaimana ianya berfungsi, Anda boleh baca mengenainya di sini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Deep_web

Di sini ada maklumat apa itu rangkaian .onion dan bagaimana ianya berfungsi:
http://en.wikipedia.org/wiki/.onion

Di sini anda boleh baca mengenai TOR (The Onion Router)
http://en.wikipedia.org/wiki/Tor_(anonymity_network)

Deep Web

Deep Web

Deep Web


Korang Boleh Mengunakan TOR Browser Untuk Surf : http://www.torproject.org/download/download

Pihak CIA dan FBI monitor deep web ini 24 jam sebab ianya tidak dikawal oleh mana2 pihak.. 'Sejurus selepas anda berjaya masuk ke The Deep Web, semua yang akan terjadi adalah tanggungajawab anda sendiri.'

Contoh : http://kpvz7ki2v5agwt35.onion/wiki/index.php/Main_Page / http://xqz3u5drneuzhaeo.onion/users/cannabis/index.php


Sumber: Rileks Community

Ubuntu 13.04 sedia di muat turun

ubuntu 13.04


Canonical telah mengeluarkan Ubuntu 13.04 Raring Ringtail. Ubuntu 13.04 pada desktop membawa pelbagai prestasi dan peningkatan kualiti menjadikan ia pengalaman Ubuntu yang paling cepat dan yang paling visual digilap sehingga kini.

Tumpuan utama bagi keluaran ini ialah mempunyai sistem yang ringan. Ini adalah sebagai permulaan bagi Canonical untuk mengeluarkan Ubuntu yang boleh beroperasi pada pelbagai faktor bentuk mudah alih.


Selain itu, Ubuntu 13.04 juga memberikan respon ketara lebih cepat bagi penggunaan biasa dan jejak memori dikurangkan yang memberi manfaat kepada semua pengguna. Dari segi paparan, beberapa ikon telah ditukar dan gambar-gambar untuk paparan muka depan telah ditambah supaya pengguna mempunyai banyak pilihan.

Perisian-perisian di dalam pun telah di kemaskini seperti Unity, Firefox, libreoffice dan sebagainya. Ubuntu 13.04 beroperasi menggunakan linux kernel 3.8.

Bagi yang tidak sabar untuk menggunakannya. Anda boleh download sekarang di laman web Ubuntu. Anda boleh menggunakan ubuntu sebagai sistem primeri anda atau sistem utama anda. Untuk pengguna Windows 8, terdapat beberapa tutorial yang perlu anda ikuti sebelum memasang ubuntu. Tutorial itu, telah disediakan di laman web ubuntu.

IDM Version 6.15 Build 3 with Patch

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar anda semua? Hari ini saya ingin berkongsi sebuah perisian yang berbayar iaitu IDM yang boleh di jadikan versi penuh. Ia boleh dijadikan versi penuh dengan menggunakan satu perisian yang akan saya kongsikan nanti. Teruskan membaca.


idm



IDM ialah alat yang dapat membantu kita untuk mempercepatkan download sesuatu benda. Buat masa sekarang IDM memang sangat popular dan rama yang menggunakanya. Ini kerana ciri-ciri yang ada pada IDM amat memudahkan untuk menggunakanya serta mesra pengguna.

Terdapat juga pelbagai perisian lain yang anda boleh gunakan untuk mengantikan IDM. Anda bolehlah carinya di google.

Untuk versi terbaru iaitu IDM version 6.15 build 3 telah dilakukan beberapa kemaskini. Antara kemaskini yang dilakukan anda boleh tengok di sini.

Added support for Firefox 21
Fixed a critical bug with processing some types of redirects
Resolved problems when displaying "Download progress" dialog tabs with large windows fonts
Fixed a bug with the download progress bar showing download threads when resuming zip files

IDM menawarkan percubaan selama 30 hari. Anda boleh download di sini.


Untuk menjadikan IDM supaya versi penuh. Download perisian ini. Saya harap anda tahu menggunakannya.


Password: bl0g-h4ck3r.blogspot.com

Berakhirlah sudah post saya untuk kali ini.

Semoga post IDM Version 6.15 Build 3 with Patch dapat memberikan manfaat kepada anda.

Jika fail patch tidak dapat digunakan. Anda bolehlah maklumkan kepada saya pada kotak koman di bawah supaya saya dapat mengantikan yang baru.

SUMBER GAMBAR: IDM

Auto Backlink From Bl0g H4ck3r

Apa itu backlink?

Backlink secara mudahnya saya terangkan ialah link laman web kita yang ditinggalkan atau disimpan di laman web pemberi backlink tersebut. Link anda akan kekal di situ selagi tidak dihapuskan.

Apa yang penting sangat dengan backlink?

Backlink ini memang amat penting untuk blog dan website. Backlink dapat menigkatkan trafik blog anda. Trafik blog yang tinggi dan berkualiti sememangnya bergantung kepada seberapa banyak backlink yang di terima mahupun backlink dari luar atau dalam blog. Semakin banyak backlink yang diterima oleh sesebuah blog, semakin tinggilah trafik dan kredibiliti sesebuah blog.

Sekarang anda dah tahu apa itu backlink dan kepentingannya. Sekarang anda boleh pasang backlink dari Bl0g H4ck3r.

Cara pemasangan auto backlink.

Cara pemasangannya cukup mudah dan saya pasti anda boleh buat.
  1. Salin kod HTML dibawah. Gunakan CTRL + C untuk copy dan CTRL + V untuk paste.
  2. Letakkan kod HTML tersebut di mana-mana bahagian blog anda.
  3. Lepastu, klik backlink tersebut untuk melihat hasilnya. Anda baru menghasilkan satu backlink. Anda boleh lihat link blog anda di sebelah kanan pada widget auto backlink di blog ini.

Keterangan.

Jika anda ingin mendapat backlink yang banyak, anda kenalah selalu klik link backlink yang telah anda pasang di blog anda itu. Semakin sering anda melakukan backlink maka peluang untuk menigkatkan trafik dan kredibiliti blog anda adalah tinggi.

Jangan tukar apa-apa kod html di bawah.


 Auto Backlink From Bl0g H4cker


Harap Maaf, Auto Backlink ini tidak boleh digunakan lagi

Majalah PC Februari 2013

Majalah PC Februari 2013
Kredit kepada empunya image.

Saya ingin berkongsi kepada anda sebuah majalah pc februari 2013. Bagi yang masih belum dapat membelinya bolehlah download disini.

Nama fail: Majalah PC Februari 2013
Saiz: 27.14 MB
Kredit: LeeSha from torrent.jiwang.cc


Password: bl0g-h4ck3r.blogspot.com

10 Best URL Shorteners

10 best URL shorteners - 10 URL shorteners yang terkenal atau 10 Website URL Shorteners yang Bagus untuk Digunakan atau 10 URL shorteners untuk menyorokkan URL yang panjang.

URL Shorteners
Sumber: Google Image

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca bl0g h4ck3r. Adakah anda sedang mencari senarai URL shorteners? URL shorteners yang terkenal dan mudah digunakan.

Di sinilah saya akan senaraikan 10 website URL shorteners yang anda boleh gunakan.

Apa itu URL Shorteners?

URL yang lebih pendek adalah sebuah laman web yang akan mewujudkan Uniform Resource Locator (URL) atau alamat laman web dari satu lama supaya versi pendek, yang mudah untuk diingati dan masukkan, boleh digunakan untuk menggantikan. Sebagai contoh, jika anda perlu kerap masukkan URL ke dalam mesej e-mel atau membaca melalui telefon, URL panjang boleh menyebabkan kepada salah tulis atau salah faham. Dengan pergi ke laman web percuma perkhidmatan memendekkan URL anda boleh menukar URL panjang anda menjadi pendek. Perkhidmatan memendekkan URL akan mengekalkan persatuan antara dua dan akan mengarahkan sesiapa yang memasuki URL ringkas ke halaman di URL panjang.

Apa kepentingan URL Shorteners?

URL shortener dapat membantu anda untuk menjimatkan ruang penulisan anda yang memerlukan untuk meletakkan URL. Sesetengah website tidak memberikan ruang yang banyak untuk menulis seperti twitter. Oleh itu, anda boleh menggunakan service ini untuk memendekkan URL anda.

Selain itu, anda boleh menggunakan service ini untuk menyorokkan link referral anda. Bagi yang join program affiliate anda boleh gunakan service ini untuk menyorokkan URL anda. Ini dapat menigkatkan lagi downline anda kerana apabila anda menggunakan service URL shorteners rujukan-rujukan anda tidak akan tahu domain link tersebut.

Sebagai contoh.
 Ni link pendek: http://is.gd/diHI5U
 Ni link panjang: http://www.neobux.com/?rh=686166697A756C68697379616D

Kalau tengok pada URL panjang memang dah tahu dia akan pergi ke www.neobux.com. Jadi rujukan anda akan copy URL itu sahaja.

Kalau tengok pada URL pendek memang susah nak tahu kemana link itu akan pergi. Rujukan anda terpaksalah buka link itu saja.

Senarai URL Shorteners.

1. Bit.ly

Bitly.com

Bitly adalah cara yang paling mudah dan yang paling menyeronokkan untuk menyimpan, berkongsi dan menemui pautan dari seluruh web. Ia dipanggil links bitmarks, dan anda boleh menggunakan bitly untuk mengigati URL, membantu anda dan berkongsi dengan orang lain. Anda boleh menggunakannya tanpa perlu mendaftar dan anda boleh juga mendaftar jika ingin menikmati ciri-ciri tambahan.

2. Goo.gl

goo.gl

Goo.gl membolehkan anda untuk mengesan dalam masa nyata, dan klik referer pada sebarang URL yang dipendekkan - alat yang sempurna untuk membantu anda memahami apa rayuan kepada penonton anda dan untuk membantu anda mengoptimumkan sosial, e-mel, dan lain-lain anda klik melalui kempen.
(Diterjemah dari english ke bahasa melayu menggunakan google translate)

3. Su.pr

su.pr

Su.pr adalah salah satu URL shorteners terbaik untuk webmaster kerana ia juga boleh meningkatkan trafik URL yang dipendekkan. Su.pr dimiliki oleh Stumbleupon dan anda boleh login ke laman web su.pr dengan Id pengguna Stumbleupon anda. Laman web ini juga membolehkan pengguna untuk mendapatkan lebih banyak trafik dengan berkongsi pautan di laman web rangkaian sosial popular dengan pilihan jadual secara automatik.

4. Adf.ly

adf.ly

Jika anda mahu untuk mendapatkan wang tambahan, Adf.ly mungkin perkhidmatan memendekkan URL terbaik kerana ia membolehkan pengguna untuk membuat wang dengan mengkongsikan URL yang dipendekkan. Pengguna boleh mendapat $4 setiap seribu klik.

5. Ow.ly

ow.ly

Ow.ly adalah url shortner yang sangat berguna yang membantu pengguna untuk memendekkan url, berkongsi fail, dan menjejaki lawatan (track visits). Perkhidmatan ini dikendalikan oleh media sosial popular iaitu perkhidmatan Hootsuite.

6. Tinyurl.com

tinyurl.com

Tinyurl adalah perkidmatan memendekkan URL tertua yang telah dimulakan pada tahun 2002. Pengguna tidak perlu untuk mendaftar akaun untuk memendekkan url.

7. Is.gd

is.gd

Is.gd tidak begitu popular seperti perkhidmatan memendekkan bitly dan goo.gl. Ia boleh dikategorikan sebagai perkhidmatan yang baik dan sangat mudah digunakan, hanya pergi ke sana dan membuat URL pendek anda tanpa sebarang yuran dan pendaftaran.

8. budurl.com

budurl.com

Bud URL adalah perkhidmatan memendekkan URL yang bagus. Ia bukanlah perkhidmatan yang percuma, anda perlu menjadi pengguna premium untuk menikmati ciri-ciri premium. Bud URL menawarkan percubaan selama 21 hari sebelum anda betul-betul ingin menjadi pengguna premium.

9. Cli.gs

cli.gs

cli.gs adalah perkhidmatan memendekkan URL dari Mister Wong. Gunakan cli.gs untuk memendekkan URL yang panjang untuk memudahkan perkongsian dengan rakan-rakan di Twitter dan Facebook, melalui e-mel atau IM.

10. Tiny.cc

tiny.cc

Tiny.cc adalah perkidmatan memendekkan url yang boleh membantu anda untuk memendekkan url anda, mengesan dan menguruskan url. Anda hanya pergi ke sana dan letak URL panjang anda untuk mendapatkan URL pendek tanpa sebarang yuran dan pendaftaran, ini adalah sistem yang amat mudah.

Akhir kata dari penulis.

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menyenaraikan beberapa URL shortener yang anda boleh gunakan. 

Jika anda ada mengunakan URL shorteners yang selain dari senarai di atas yang dianggap bagus juga, anda bolehlah tambahnya diruang komen.

Segala senarai di atas adalah dari segi pendapat saya. Jika ada salah dan silap sila perbetulkan.

Sekian posting saya mengenai 10 best URL shorteners.

Semoga bermanfaat
notifikasi
close